About Me

My photo
Bandar Baharu, Kedah, Malaysia
Penulis merupakan pengajar di Maktab Rendah Sains MARA Tawau, Sabah. Beliau kini masih giat aktif di dalam menulis artikel disamping sedang mengajar di MRSM berkenaan.

Tuesday, June 15, 2010

Muhsi's site: Merantau ke Ho Chih Minh City, Vietnam#links#links

Muhsi's site: Merantau ke Ho Chih Minh City, Vietnam#links#links

Merantau ke Ho Chih Minh City, Vietnam

Assalamualaikum.... Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia fana' ini. Inilah, perjuangan kita di dalam berlumba-lumba dalam merebut mengerjakan amalan-amalan yang terbaik sebagai bekalan kita sebelum menempuh kematian. Oleh kerana kehidupan di dalam alam ini merupakan kehidupan yang singkat, maka saya telah berhasrat melihat serta mengambil iktibar tempat orang.


Saya teringat pengembaraan terkenal yang telah dilakukan selama tiga puluh tahun oleh Ibn Battuta. Ibn Battuta telah disanjung tinggi oleh ramai sebagai seorang pengembara yang agung. Beliau telah mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan keluasan 44 buah negara zaman moden. Beliau juga telah merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu yang mana, rihlahnya ini mengambil masa selama 30 tahun. Inilah rihlah yang sangat besar sehinggakan para sarjana tidak mahu melepaskan peluang menyemak kembali catatan Ibn Battuta dalam menyingkapi tokoh-tokoh tempatan, tempat-tempat pemerintahan dan mencatatkan pelbagai keanehan dunia Muslim pada satu per empat kedua abad ke-14.


Jadi, di atas semangat yang dipertunjukkan oleh beliau, saya mengambil keputusan untuk merantau selama 3 hari sahaja ke bandar yang sedang membangun pada masa kini, iaitu bandar Ho Chih Minh, Vietnam.


Kami terdiri daripada 9 orang yang berlainan tempat kerja dan asal. Kami berkumpul di lapangan terbang murah Air Asia, Kuala Lumpur pada pukul 6.00pagi pada 21hb Mei 2010. Lapangan terbang kami berlepas dari Kuala Lumpur, terus menuju ke bandar Ho Chih Minh dan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. Setelah tiba di tempat tersebut, kami check in hotel "Tanh Long Tan Hotel". Hari pertama tersebut, kami hanya meronda-ronda sekitar kawasan tersebut sahaja.


Hari kedua kami menuju ke Delta Mekong yang merupakan kawasan arah baratdaya Vietnam yang mana Sungai Mekong kepanjangannya mencapai 39,000 kilometer. Kami menaiki bot yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu masa. Kemudian, menukar bot yang besar ke bot yang lebih kecil yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa. Selepas berjalan lebih kurang 15 minit, kami menaiki bot tersebut dengan menaiki sampan di sebabkan jalan sungai yang dilalui semakin sempit. Begitulah perjalanan yang serba ringkas yang dapat diceritakan di sini, tidak termasuk dengan tempat persingggahan yang kami singgah sepanjang perjalanan menyusuri sungai Mekong.

Hari ketiga kami memenuhkan jadual perjalanan kami dengan meronda-ronda bandar Ho Chih Minh. Kami memulakan perjalanan dengan mengunjungi Muzium 'Vietnam War'. Muzium ini dipenuhi dengan gambar-gambar bersejarah, video-video dan replika senjata dan kenderaan perang yang digunakan. Kemudian kami menuju ke istana 'Indiependent Palace' yang agak unik pembinaannya. Istana ini dibina dengan penuh ciri keselamatan. Pintu, dinding dan tingkap adalah kalis peluru dan mempunyai jalan-jalan rahsia serta lorong yang akan menjadi laluan menyelamatkan diri sekiranya istana tersebut diserang. Setelah itu, kami terus menuju ke Chinatown setelah setengah jam melihat dan meninjau istana yang unik tersebut. Di Chinatown, terdapat pasar yang menjual kain-kain cotton dan sutera yang murah. Kebanyakan penjual di pasar tersebut kurang fasih berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan bantuan kalkulator dan bahasa isyarat, kain-kain di situ boleh dikurangkan harganya walaupun terdapat sedikit kesukaran.

Itulah perjalanan utama kami, yang dapat dikongsi bersama. Perjalanan ini saya kongsikan bersama rakan-rakan yang lain untuk menjadi memori yang indah. Walaubagaimanapun, perjalanan ini belum diceritakan dengan lebih terperinci dengan tidak menyentuh keadaan ketika malam berlabuh. Bagaimana keadaan sosial di sana dan berapa peratuskah pelacuran mengurut yang terdapat di sana serta kewujudan 'lelaki lembut' yang cantik-cantik di sana.

Sekiranya rakan-rakan mahu perjalanan ini diceritakan dengan lebih terperinci, sila menjadi follower blog ini terlebih dahulu serta memberikan sedikit komen di dalam bolg ini. Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum...